Gendang
Gendang (
bahasa Jawa:
Kendhang,
bahasa Melayu:
Gendang,
bahasa Tausug/
Bajau bahasa Maranao:
Gandang) ialah alat bunyian yang diperbuat daripada
kulit binatang seperti
kerbau,
kambing atau
lembu. Ia merupakan salah sebuah
alat muzik dalam keluarga genderang.
Setiap bangsa seperti
Cina,
Melayu dan
India
mempunyai gendang dengan nama yang tersendiri. Gendang boleh didapati
dalam pelbagai saiz dan kegunaan. Ada gendang yang digunakan untuk
persilatan
bagi orang Melayu. Ada gendang digunakan bagi tari menari dan ada juga
yang digunakan untuk menyambut perayaan atau pertabalan Diraja.
Jenis-jenis gendang yang mempunyai satu muka seperti kompang dan
rebana diakui telah mendahului gendang-gendang yang mempunyai dua muka
sepertimana yang terdapat dalam ensemble
paluan silat,
nobat diraja,
Mak Yong,
Gendang Keling,
Wayang Kulit,
Terinai
dan sebagainya. Begitu juga dengan gendang dua muka yang terdapat dalam
permainan Gamelan yang juga merupakan satu eksternal dari kejadian
dahulu.
Sejenis gendang dua muka yang dikenali sebagai
Gendang Ibu dan Anak berkembang di negeri
Kedah,
Perlis,
Terengganu dan
Perak
telah ditakrifkan sebagai Gendang Melayu. Digunakan sebagai Genderang
dalam ensemble paluan untuk mengiringgi teater tradisional serta
mengiringgi tarian klasik Istana dan rakyat.
Temalangnya diperbuat daripada kayu nangka ataupun jenis kayu yang
keras yang lain yang dianggap sesuai. Bentuknya seperti tempayan iaitu
‘barrelshape’ dan tebukan dalaman dilakukan selari dengan bentuk luaran.
Ini bagi menjamin mutu suara yang terbaik dan ideal. Pada permukaan
besar temalang tersebut telah dirambing dengan belulang lembu manakala
permukaan kecilnya dengan belulang kambing.
Proses merambing hendaklah bermula dengan meregang ataupun
memasangkan kulit-kulit berkenaan yang masih dalam keadaan lembap pada
bingkai rotan yang telah dibentuk mengikut kesesuaian. Dengan ini
apabila kering, ianya akan menebat di antara kulit dan bingkai tersebut.
Kemudian dipasangkan serentak pada kedua-dua muka gendang tersebut dan
dijalin dengan rotan, berbentuk seperti “Y” sebagai bahan penegang,
menerusi gelung-gelung yang diperbuat daripada kulit berfungsi sebagai
‘simpai’ iaitu alat tala ataupun ‘immediate tuning device’ bagi gendang.
Dalam proses penalaan bunyi, ‘kemban rotan’ juga dipakai pada badan
gendang tersebut. Ini bagi menjamin ketegangannya supaya tidak cepat
mengendur. Dalam keadaan yang sama ‘kemban rotan’ juga berfungsi sebagai
bahan penghias.
Dalam konteks persembahan Gendang Ibu akan disertai secara
berpasangan dengan Gendang Anak untuk memainkan pola-pola paluan yang
khusus secara meningkah bagi pembinaan setiap struktur irama mengikut
disiplin yang didukunginya seperti ensemble Wayang Kulit, Menora,
Makyong dan Silat.
Secara praktis permukaan besar Gendang ibu dapat melahirkan suara
asas yang dapat disifatkan sebagai mnemonic ‘doh’ dan pada permukaan
kecilnya ialah mnemonic ‘pak’; begitu juga dengan permukaan besar
Gendang Anak iaitu mnemonic ‘ting’ dan pada permukaan kecil ialah
mnemonic ‘chak’.
Dalam amalan semasa persembahan ianya dipangku diatas riba secara
tertib mengikut keselesaan pemainnya dan dipalu dengan tangan pada
kedua-dua belah mukanya. Gendang Anak mempunyai ukuran yang lebih kecil
sedikit daripada Gendang Ibu dan tebukan dalaman sering dianalogikan
sebagai buluh seruas supaya dapat menghasilkan ‘pitch’ yang tinggi.
Bagi pengamal gendang, mereka menghias dengan menggunakan enam (6) ‘simpai’ atau lima dan peranan ‘simpai’ bagi
Gendang Melayu
merupakan sesuatu yang mutlak bagi proses penalaan bunyi. Ianya juga
dianggap sebagai ‘the immediate tuning device’ iaitu secara praktisnya
seseorang dapat menala alatnya dengan pantas dalam mencari suara.
Berbanding dengan kaedah-kaedah lain yang sering digunakan seperti
mengetuk pada bingkainya. Kaedah ini tidak wajar dilakukan oleh
seseorang pemain itu sewaktu dalam persembahan. Untuk mengekalkan hayat
kulit secara yang berpanjangan ‘simpai’ tadi perlu dilonggarkan apabila
selesai satu persembahan.
Perkembangan Gendang Melayu dikatakan berasal dari
India.
Di Kedah masih terdapat gendang dua muka yang mempunyai persamaan
bentuk gendang ‘mridanga’ yang terdapat dalam komuniti India di
Malaysia. Ianya pada suatu ketika dahulu telah dianggapkan sebagai
Gendang Keling, satu nama korupsi yang tidak wajar diketengahkan dalam
kontek semasa. Kini gendang tersebut telah diterima sebagai sebahagian
daripada jenis-jenis gendang Melayu.
Pengaruh Timur Tengah telah banyak memberi kesan kepada pembentukan alat-alat gendang di Malaysia. Alat-alat seperti
Nekara,
Meruas,
Gedombak,
Kompang,
Jidor,
Rebana,
Dub serta
Tar Rodat
adalah terhasil daripada perhubungan perdagangan dan penyebaran agama
Islam dirantau ini sejak sekian lama dan sekaligus memperkayakan lagi
unsur-unsur serta nilai budaya masyarakat setempat.
Alat-alat seperti Gedombak yang terdapat didalam permainan Wayang
Kulit di Kelantan mempunyai talian dengan ‘Dombak’ atau ‘Zarb’ di
Iran dan ‘Darabuka’ di
Iraq.
Bagi gendang yang berbingkai (frame drum) seperti Kompang merupakan
alat terpenting bagi meraikan majlis keagamaan masyarakat Islam di Timur
Tengah. Alat-alat ini dikenali sebagai ‘Daira’ di Iran, ‘Bendir’ di
Maghribi’, ‘Tar’ di
negara-negara Teluk dan ‘Duff’ di
Syria.
Bagi gendang dua muka yang menyerupai ‘Jidur’ dan ‘Beduk’ di
Maghribi dikenali sebagai ‘Tabl’ manakala gendang dua muka yang lebih kecil dikenali sebagai ‘Maruas’ atau ‘Manama’ di
Bahrain. Gendang ‘Nakara’ seperti yang terdapat di
Maghribi,
Habsyah dan
Sudan; sungguhpun terdapat istilah ‘Tabl’ atau ‘Tabla’ dikatakan berasal dari perkataan
Arab yang bermaksud gendang, namun alat Tabla yang terdapat dalam permainan
Ghazal
di Malaysia berasal dari India. Begitu juga dengan gendang Melayu juga
berasal dari India dan mempunyai persamaan bentuk seperti gendang
‘Mridanga’. Suatu ketika dahulu istilah
Gendang Keling sering digunakan bagi Gendang Melayu khususnya yang berkembang di Kedah dan di Perlis.
Gong
Gong merupakan sejenis
peralatan muzik 'idiophone' yang berasal dari
Asia Selatan dan
Asia Tenggara. Gong telah wujud semenjak zaman gangsa lagi dari Yunan. Gong juga dimainkan bagi mengiringi permainan
wayang kulit di
Indonesia. Gong merupakan alatan penting yang berperanan sebagai bunyi tulang belakang dalam essemble persembahan muzik
gamelan.
Gong terdiri daripada pelbagai saiz untuk menghasilkan bunyi yang
berbeza setiap satunya dan dimainkan bersama-sama mengikut rentak lagu.
Kebiasannya, 1 atau 2 drum turut dimainkan serentak untuk mempelbagaikan
irama muzik yang lebih unik. Gong telah banyak dijumpai di seluruh
semenanjung
Indochina dan kepulauan
Nusantara ebagai alat utama dalam upacara khas dan persembahan muzik tradisional.
Di Malaysia, jumpaan terawal bentuk awal gong adalah
gendang Dong Son yang dijumpai di Batu Buruuk, Terengganu pada 1974.
[1]
Ia dihasilkan sejak 600 BC atau lebih awal sehingga Abad ke-3 dan
merupakan salah satu contoh hasil kerja logam budaya itu yang terbaik.
Ini merupakan hasil pendedahan dari perdagangan rempah antara India dan
Cina yang berlaku sejak zaman Yunani lagi dan juga hasil kerajaan Melayu
tua seperti Champa
[2], dan banyak nama tempat di
Kelantan, dan
Terengganu menggunakan nama Gong.
Alat ini terjamin berkualiti tinggi kerana cara penbuatannya adalah
sukar dan memerlukan kos yang agak tinggi. Alat ini diimport dari
Indonesia, terutama dari
Jawa.
Gong tempatan mempunyai 'shallow rims' dan 'small boss'. Melodi yang
dihasilkan adalah untuk memberi isyarat pada permulaan dan penghabisan
sesuatu lagu.
Semasa pemerintahan kerajaan-kerajaan
Nusantara dahulu, gong kecil atau
canang
akan dikandar oleh pesuruh raja yang akan berkeliling kampong-kampong
bagi menyebarkan berita. Gong akan dicanang bagi mengumpulkan penduduk
kampung dan titah raja akan dibacakan oleh pesuruh raja.
Sejarah kemunculan awal alat
gong
jenis berbusut di dunia bermula di Asia Tenggara dan disifatkan sebagai
alat ‘asli’ bagi masyarakat Melayu. Gong berbusut yang diakui pernah
ditemui di Indonesia bertarikh kira-kira 1000 S.M. Sungguhpun ada
pendapat yang mengatakan bahawa Gong telah wujud di negara
China sejak dari zaman pemerintahan
Dinasti Zhou lagi (1122-1229 S.M).
Keluarga Gong di Malaysia secara umumnya adalah terdiri daripada
jenis-jenis yang berbusut ataupun yang bertombol. Ianya diperbuat
daripada bahan-bahan asas seperti tembaga, timah dan besi. Terdapat
didalamnya pelbagai bentuk dan ukuran yang kelihatan begitu berbeza-beza
diantara satu sama lain termasuk juga ‘pic’ (sukatan bunyi).
Istlah ‘tetawak’ yang sering kita dengar secara tradisi adalah
merupakan satu istilah tempatan ataupun bagi alat gong yang digunakan
secara meluas oleh masyarakat di negeri Kelantan khususnya dan juga
dinegeri-negeri lain di Malaysia. ‘Tawang’ mengikut sistem ejaan
fonologinya dan berkemungkinan besar alat-alat ini telah dibawa masuk
dari
kepulauan Mindanao di Selatan
Filipina. Hingga kini alat gong masih di perbuat di sana khususnya oleh
suku Maranos di Wilayah
Lanao del Sur.
Dari maklumat yang di perolehi, alat tetawak dari jenis tembaga ini
tidak pernah diperbuat di negeri Kelantan. Ianya diakui dibawa masuk
dari negara Burma melalui Pattani di selatan Thailand sejak
beratus-ratus tahun dahulu untuk kegunaan teater tradisional seperti
Wayang Kulit, Menora, Mak Yong dan
Tarian Asyik.
Pada masa kini terdapat juga alat tetawak yang diperbuat dari besi
sebagai alternatif oleh pakar-pakar tertentu dari kalangan masyarakat
tempatan. Mereka menggunakan teknik ‘pateri’ ataupun dibentuk dari objek
seperti ‘leger’ iaitu tong-tong minyak yang sedia ada kemudian
dipaterikan. Namun kemahiran teknik seperti di atas tidak dapat menjamin
mutu dan nilai sesebuah alat itu, bahkan pada prinsipnya turut
memperlihatkan satu kemunduran dari segi teknologi pembuatannya jika
dibandingkan dengan teknik ‘tempa’ yang telah diamalkan di sesetengah
negara Asia Tenggara. Mereka sudah mempunyai teknik yang begitu tinggi
khususnya bagi pembuatan gong/tetawak dari gangsa yang terdapat di
Myanmar dan
Filipina.
Begitu juga di Indonesia yang menggunakan teknik yang sama bahkan lebih
halus dan rumit lagi khususnya dalam pembuatan alat-alat Gamelan jenis
‘perunggu’ yang telahpun mendapat pengiktirafan masyarakat dunia sebagai
gong yang terunggul.
Rebana
Rebana ialah sejenis alat muzik tradisional yang sering dimainkan bagi mengiringi lagu-
lagu budaya.
Bagi masyarakat
Melayu di negeri
Pahang, permainan rebana sangat popular, terutamanya di kalangan penduduk di sekitar
Sungai Pahang. Tepukan rebana adalah bagi mengiringi lagu-lagu tradisional seperti indong-indong dan pelanduk-pelanduk.
Selain daripada rebana bersaiz biasa, terdapat juga rebana besar yang
dimainkan pada hari keraian bagi pertandingan menghasilkan bunyi dan
irama yang dikenali sebagai
Rebana Ubi.
Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat
Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan
alat muzik gendang.
Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit
kambing betina, namun mutakhir ini, kulitnya juga diperbuat dari kulit
lembu,
kerbau malah
getah sintetik.
Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang
antara kulit dan bingkai kayu bertujuan menegangkan permukaan kompang,
bertujuan menguatkan bunyi kompang. Kini, gelung plastik turut
digunakan.
Tterdapat dua bahagian kompang iaitu bahagian muka (ada kulit)
dipanggil belulang. manakala, bahagian badan (kayu) dipanggil baluh.
Kompang perlu diletakkan penegang atau dipanggil sedak iaitu sejenis
rotan yang diletakkan antara belulang dan baluh, sedak ini deletakkan
bertujuan untuk menegangkan bahagian belulang dan menyedapkan bunyi
kompang apabila dipalu.
Alat muzik ini berasal dari dunia
Arab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman
Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui
Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang
Arab.
Kompang biasanya berukuran enam belas inci ukur lilit dan ditutup
dengan kepingan kulit pada sebelah permukaan. Ia mempunyai bukaan cetek
dan dimainkan dengan memegang dengan sebelah tangan sementara dipalu
dengan sebelah tangan yang lain.
Cara memalu kompang ialah dengan menepuk kulit kompang dengan
bahagian jari-jari atau tapak tangan mengikut rentak. Kompang biasanya
dimainkan semasa perarakan, kenduri dan upacara-upacara tradisi lain.
Bunyi yang berlainan dihasilkan dengan membezakan cara bukaan tapak
tangan. Bunyi 'bum' di perolehi dengan tepukan di sisi kompang dan tapak
tangan dikuncup/rapat. Bunyi 'pak' di perolehi dengan tepukan di tengah
kompang dengan jari tangan yang terbuka.
Paluan kompang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu paluan tradisi dan
paluan moden ataupun kreatif. Paluan tradisi adalah paluan di mana
memukul kompang sambil menyayi ataupun bersyair dalam versi Arab ataupun
bahsa Melayu klasik. Manakala paluan moden pula di mana paluan tersebut
diselitkan dengan gerakan ataupun tarian. Di Sabah, pertandingan
kompang sering diadakan untuk memartabatkan kembali kesenian Melayu yang
telah hampir pupus ini.
Penghargaan
Wikipedia