Thursday, 13 December 2012

Komponen Muzik

Tiga komponen besar dalam pendidikan muzik.
-  Kemahiran Muzikal Nyanyian
-  Kemahiran Muzikal Muzik dengan gerakan
-  Kemahiran muzikal Permainan alat muzik.

Bidang nyanyian memberi penumpuan dan penegasan kepada
aspek postur, pendengaran, sebutan, pernafasan da eknik
pengeluaran suara.

Muzik dengan pegerakan memberi peluang kepada pelajar
menggunakan tubuh badan sebagi respon kepada muzik.

Permainan alat muzik melatih pelajar dalam kordinasi mata,
pendengaran dan psikomotor melalui penglibatan pelajar dalam
kegiatan permainan alat muzik.

Pengertian
Monofoni – Apabila muzik itu hanya pada melodi sahaja iaitu tanpa
ada alat iringan atau hanya mempunyai satu bunyi sahaja. Tiada
iringan (no accompaniment). Penggunaan satu alat muzik sahaja.
Homofoni – Apabila melodi diringi oleh alat muzikal yang
berharmoni yang mempunyai kod. Seperti gitar, piano, organ dan
sebagainya.
Polifoni – Apabila satu atau dua melodi dibunyikan berterusan
dengan menggunakan alat iringan.
Komposisi – Kebolehan mengubah lagu
Kemahiran ensemble – Kemahiran bermain alat muzik secara
kumpulan dengan pelbagai alat muzik.



Jalinan Monofoni: Apabila muzik itu hanya pada melodi sahaja
iaitu tanpa ada alat iringan atau hanya mempunyai satu bunyi
sahaja.

Jalinan Homofoni: Apabila melodi diringi oleh alat muzikal yang
berharmoni yang mempunyai kod.

            Jalinan Polifoni: Apabila satu atau dua melodi dibunyiikan
                        berterusan dengan menggunakan alat iringan.


 Penghargaan dan terima kasih bahan daripada : Cikgu Yuzzini

Teori Asas Muzik

Teori asas muzik tidak boleh dipandang remeh dalam pembelajaran gitar. Anda memang boleh terus pegang gitar, ingat posisi kod dan terus mainkan lagu. Tapi untuk cari kod lagu, nak main solo part, anda perlu tahu sekurang-kurangnya asas kepada teori muzik.  Tutorial kali ini akan menerangkan perkara paling asas dalam muzik iaitu tone, note dan scale, sebelum boleh masuk ke asas kod.

Rujuk gambarajah piano di atas.
Ada 12 nada dalam satu kitaran not muzik iaitu 7 nada paling asas dalam muzik iaitu dalam note C, D,E, F, G, A dan B (atau DO, RE, MI, FA, SO, LA dan TI ; DO=C, RE=D dan seterusnya) serta 5 nada yang terletak di antara C-D, D-E, F-G, F-A dan A-B.  Jarak dua not muzik yang berdekatan dipanggil semi-tone atau half-tone. Oleh itu seperti gambar di atas, jarak dari E ke F dikira sebagai semi-tone, dan jarak dari C ke D dikira sebagai “whole tone” atau “full tone”. Jarak dari B ke C juga dikira sebagai whole tone.
* C# dan Db adalah not yang sama. Kod # (baca: SHARP) bermaksud half-tone di atas, dan b (baca:FLAT) bermaksud half-tone di bawah.
Satu kitaran not muzik dari C ke B dipanggil octave. Octave tidak semestinya bermula dengan C.  Jika ia bermula dengan C, ia dipanggil nada dalam key C. Jika ia bermula dengan F dipanggil nada dalam key F. Tahukah anda bahawa julat vokal Mariah Carey adalah 5 octave? Berapa julat vokal (vocal range) anda?




Ada 2 scale asas music, major dan minor. Apa kombinasi not untuk key major atau minor? Gunakan teori seperti rajah di atas. Kita ulang balik kitaran untuk satu octave;

Rajah di atas adalah major scale dalam key note C. Nombor di atas note adalah kiraan jarak. Dengan cara yang sama, cuba anda cari kombinasi note untuk major scale dalam key note E


Rajah di atas pula adalah minor scale dalam key note A. Cuba anda cari minor scale dalam key Db.

Penghargaan Bahan : Blog Zairul.com 

Tuesday, 11 December 2012

Fakta Tentang Bunyi

Semua bunyi yang kita dengar terhasil daripada sesuatu getaran. Getaran bergerak menerusi udara sebagai gelombang bunyi. dan berkembang ke semua arah secara serentak. Bunyi itu tadi akan memberi kesan terhadap bahagian kulit yang sensitif di dalam gegendang telinga. Getaran akan bertukar menjadi 'nervous impulse' dan dihantar ke otak. Otak seterusnya akan mengenalpasti jenis bunyi tersebut.
Bunyi yang tersusun dan enak didengar akan diterima oleh otak sebagai bunyi muzik ( not muzik mempunyai jarak dan pic yang tertentu). Manakala bunyi yang tidak tersusun dipanggil bunyi bising.
Bunyi mempunyai beberapa karakter iaitu:
1.   Pic (Pitch)  -   Tinggi atau rendah not muzik.
2.   Laras Bunyi (Volume/Intensity - Kuat atau lembut bunyi.
3.   Warna Ton (Timbre) - Kualiti atau ciri-ciri khas bunyi.


PIC


Pic bergantung pada frekuensi atau bilangan getaran per saat. Semakin tinggi frekuensi, maka semakin tinggi jugalah pic sesuatu not muzik. Jika kita memetik tali gitar, kita dapat lihat dan merasai getaran yang terhasil. Seterusnya, bunyi yang terhasil daripada getaran bergantung pada kepanjangan, ketebalan, dan ketegangan (tension) tali tersebut.

                    pendek
Semakin       kecil/nipis    tali menyebabkan getaran semakin cepat dan menghasilkan pic
                    tegang         yang tinggi.


Penghargaan Bahan : Cikgu Yuzzinni Abu Bakar - Dunia Muzikku

EKSPRESI

Tempo


  • Allegro                         -  rancak

  • Sostenuto                     - dipanjangkan

  • Ritenuto                       - lambat sedikit

  • Vivace                          - sangat rancak

  • Andante                       - sederhana lambat

  • Moderato                     - sederhana

  • Adagio                         - lambat santai

  • Largo                           - lambat
  •  Presto                          - laju

Monday, 10 December 2012

Pengenalan Nota Asas Muzik

Secara umumnya sebelum mengenal dan mempelajari tentang jeda, triad dan juga kod dalam kibod, pengetahuan yang paling asas perlu ada pada setiap pelajar yang ingin mempelajari atau mendalami ilmu dalam bidang muzik ini. Perkara paling asas yang perlu difahami adalah dengan jenis-jenis not, nilai atau value setiap not tersebut, tanda rehat, baluk, garis bar, jenis-jenis klef dan juga hubungan antara klef trebel dengan klef bass dan kibod.
Penghargaan Bahan : Muhammad Faiz Mahayudin

1. Carta Nama Not, Jenis-jenis Not, Simbol Not dan Nilai Not.






Huraian Persamaan Nilai Not.




Tanda-tanda Rehat (Rest)







Meter / Tandamasa dan Garis Bar.



Baluk.

Baluk terdiri dari lima garis selari dan empat ruang yang digunakan untuk menulis not-not muzik.



Garisan-garisan dan ruang dikira dari bawah ke atas. Garisan paling bawah dipanggil garisan pertama, begitu juga dengan ruang yang paling bawah disebut sebagai ruang yang pertama. Not-not muzik ditulis pada garis dan ruang.
Klef

Klef ialah satu tanda muzik yang ditulis pada awal setiap baluk. Klef menentukan not-not pada baluk mempunyai nama (A,B,C,D,E,F,G).

Klef Treble

Klef ditulis pada awal baluk.


Notasi Pada Baluk Dalam Klef Trebel


• Not-not pada Ruang.





• Not-not pada Garisan


• Not-not pada Ruang dan Garisan

Klef Bes (Bass)


Klef ditulis pada awal baluk. • Klef bass menetapkan garis ke 2 dari atas sebagai garis F

Notasi Pada baluk Dalam Klef Bass


• Not-not pada Ruang.


• Not-not pada Garisan.


• Not-not pada Ruang dan Garisan

Garisan Leger. ( Garisan Bayangan @ Tambahan )





Garisan Leger. ( Garisan Bayangan @ Tambahan )


• Garisan leger bagi klef treble



• Garisan leger bagi klef bass

Tanda Kromat





Sunday, 9 December 2012

Darbuka

Darbuka /darambuka di percayai berasal dari alat muzik Aryan atau Celt dari timur Eropah di bawa ke asia barat melalui perdagangan sejak ribuan tahun yang lampau. Bagaimana pun alatan gendang atau drum bukan lah milik satu bangsa sahaja kerana ia adalah ciptaan tersendiri. Alat ini terdapat dalam semua muzik kebudayaan di seluruh dunia. Dahulu gendang di guna sebagai alat komunikasi (perhugungan) di Afrika & pribumi Amerika. Juga sebagai alat spiritual dalam sesetengah kebudayaan lama. Dari China ke India, semenanjung Arab ke Afrika, Eropah & Russia, Asia tenggara & Polynesia, Pribumi Amerika utara hingga selatan semuanya ada gendang tradisi.   

Penghargaan Bahan : Muzik Dan Sejarah

Salah seorang pelajar saya sedang cuba memainkan darbuka. 

Contoh permainan darbuka di salah sebuah sekolah di Timur Tengah 

Saturday, 8 December 2012

Latihan Mengenalpasti Not Pada Baluk

Latihan Mengenal Kedudukan Not Pada Baluk
Not muzik asas terdiri daripada not  C / D / E / F / G / A / B...
Anda boleh mengikuti latihan berkenaan di sini

Sejarah Muzik

Apa sebenarnya muzik ?

Muzik ialah bunyi yang diterima oleh individu dan berbeza bergantung kepada sejarah, lokasi, budaya dan citarasa seseorang. Definisi sebenar muzik juga berbeza:
  • Bunyi yang dikira sedap oleh pendengarnya
  • Apa apa bunyi yang dihasilkan secara sengaja oleh seseorang atau kumpulan
Walaupun muzik adalah sejenis fenomena intuisi, untuk mencipta, memperbaiki dan mempersembahkannya adalah suatu seni. Mendengar muzik pula adalah sejenis hiburan manakala mempelajari dan memahaminya adalah sejenis bidang/disiplin.
Muzik adalah sebuah fenomena yang sangat unik. Ian boleh dibunyikan dengan beberapa gabungan alat muzik.

Sejarah Awal Muzik
Muzik bermula hampir seusia dengan kehadiran manusia moden homo-sapien 180,000 hingga 100,000 tahun dahulu. Tiada siapa tahu bila manusia mula mengenal seni dan muzik. Dari penemuan arkeologi di lokasi-lokasi seperti benua Afrika sekitar 180,000 tahun hingga 100,000 tahun dahulu telah menunjukkan kepada perubahan evolusi pemikiran otak manusia. Dengan otak manusia yang lebih pintar dari haiwan, mereka membuat pemburuan yang lebih terancang sehingga boleh menumpaskan haiwan yang besar. Dengan keupayaan otak ini, mereka berfikir lebih jauh hingga ke sebalik reality mencapai imaginasi dan spiritual. Bahasa untuk perhubungan mula terbentuk diantara mereka. Dari bahasa & perkataan ringkas untuk amaran bahaya & nama-nama haiwan buas, perlahan-lahan beberapa perkataan muncul untuk menamakan benda dan nama panggilan untuk sesorang.. Entah, sama ada mereka sudah pandai berasa bosan atau sesuatu didalam fikiran mereka yang membuatkan mereka mula mengumpul manik-manik dari cengkerang siput laut sebagai perhiasan untuk rantai leher. Mereka mula mengores garisan diatas kayu dan batuan dengan corak-corak menggambarkan pemikiran mereka. Dinding-dinding gua tempat mereka berlindung dilukis dengan warna-warna dari tumbuh-tumbuhan.
Dalam kehidupan nomad mereka yang berpindah-randah mereka mungkin telah melihat banyak kejadian alam seperti panahan petir yang memulakan kebakaran hutan. Daging binatang yang terbakar api kebakaran.mempunyai rasa berbeza dan lebih lazat. Kemudian terlintas difikiran mereka bagaimana cara hendak menghidupkan api untuk memasak, memanaskan badan dan menjauhi haiwan buas mengguna api. Selepas makan malam memakan hasil buruan mereka pada siang hari, mereka berbual dan bercerita mengenai kisah silam mereka. Bentuk pendidikan dan hiburan terawal manusia. Sama seperti sekolah & TV manusia di zaman moden. Seorang dari mereka mungkin mendapat idea mengambil tulang kaki kering haiwan buruan yang menjadi makanan mereka dan mula meniup ke rongga mengeluarkan bunyi. Ada juga yang mendapat inspirasi dari pemerhatian kepada alam semulajadi bila angin menghembus kedalam rongga kayu atau bambu yang mengeluarkan bunyi. Kayu dikorek lubang ditiup menjadi flute purba. Manusia meluahkan perasaan mereka takut & gembira menggunakan suara mereka. Bermain-main dengan suara mereka menjadi chant, hymn atau syair nyanyian kecil daripada inspirasi kicauan burung. Kayu-kayu dan batuan keras dipukul mengeluarkan bunyi irama yang mengasyikkan. Mungkin secara tidak sengaja mereka telah mengetuk kayu pokok yang berongga didalamnya dengan batang kayu yang mengeluarkan bunyi kuat. Kulit binatang yang mereka guna sebagai pakaian diletak pula untuk menutup rongga kayu besar menjadi gendang, di palu menjadi irama-irama purba.

Sejarah Muzik Moden
Muzik moden ialah muzik masa kini yang terbit hasil daripada perjalanan dan perkembangan sejarah itu sendiri dari pada kemunculan tamadun terawal sehingga lah pertembungan budaya akibat dari perdagangan dan penaklukan telah membawa dan menyebarkan muzik juga budaya dari tamadun - tamadun tersebut ke seluruh dunia. Contohnya jalan sutera yang menghibungkan timur dan barat, peluasan empayar seperti Greek dan Rom, peperangan antara tamadun Eropah dan Islam dalam perang salib dan perpindahan manusia ke tanah atau benua baru seperti benua America utara dan selatan. Penguasaan ekonomi barat ke atas pasaran dunia serta inovasi teknologi barat membantu menyebarkan muzik Amerika dan Eropah. Penciptaan dan invovasi yang terbit dari hasrat manusia untuk merakam bunyi persekitarannya telah menyebabkan terciptanya alat perakam bunyi seperti phonograph dan gramophone pada akhir abad ke 19. Dengan terciptanya radio serta TV, muzik boleh dicapai manusia sehingga ke seluruh dunia. Amerika dan Eropah yang menguasai pasaran LP piring hitam dan segala bentuk pengedaran muzik telah menyebabkan muzik dari kedua-dua benua itu menjadi popular keseluruh dunia.

Sejarah Muzik Tradisional Melayu
Asal-usul alat-alat muzik tradisional adalah masih lagi dalam kesamaran lantaran tiada bukti yang kukuh mengenai kewujudannya. Walau bagaimanapun, secara amnya muzik tradisional kita dipercayai bermula dari masyarakat primitif yang mengamalkan kepercayaan animisma. Mereka menggunakan tarian (pergerakkan) dan bunyi-bunyian (muzik) dalam upacara penyembahan terhadap kuasa-kuasa ghaib. Pada mulanya muzik dihasilkan dengan suara, tepukan tangan, hentakan kaki dan ketukan kayu. Lama-kelamaan alat-alat seperti seruling mula dicipta akibat dari dorongan akal dan hasrat batin mereka untuk memeriahkan lagi upacara sembahyang mengikut kepercayaan animisma yang dianuti. Pengaruh animisma begitu dominan sekali dan penting sebagai "perlude" dalam setiap persembahan Wayang Kulit dan Mak Yong di Kelantan pada satu ketika dahulu. Namun setelah kedatangan agama Islam maka disiplin teater berkenaan telah menjadi lebih murni dan bermoral. Unsur-unsur yang disifatkan bertentangan dengan nilai-nilai agama Islam telah mula terhakis dan segala "jampi serapah" telah digantikan dengan "doa-doa" pendek.
Sejarah muzik Melayu juga harus dilihat dari sudut dunia Melayu lama yang merangkumi Malaysia, Indonesia, sebahagian negeri Thai, Kampuchea dan Filipina. Terdapat banyak persamaan dari segi alat dan struktur muzik yang digunakan. Walaupun telah dipengaruhi oleh unsur-unsur muzik asing misalnya muzik dari Timur Tengah, Hindu, Indonesia dan Thai, bentuk dan jenis muzik Melayu berjaya mewujudkan identitinya yang tersendiri. Berdasarkan tinjauan yang telah dibuat telah membuktikan bahawa alat-alat dari jenis "knobed gong" dan "mouth organ" seperti "Sompoton" dan "Engkerurai" yang terdapat di Sabah dan Sarawak adalah bermula dari kawasan Asia Tenggara dan tidak pernah menerima pengaruh dari luar.
Pendek kata kebanyakan alat muzik Melayu, kecuali alat-alat gamelan dan angklung adalah berasal dari Timur Tengah dan India serta dibawa ke dunia Melayu melalui agama Hindu dan Islam. Rebab, gendang, rebana, tar dan serunai menyokong pendapat ini. Hanya gong sahaja berasal dari Asia. Lama-kelamaan alat-alat ini telah diserapkan ke dalam negara masing-masing dan membentuk ciri-ciri yang tersendiri tanpa kehilangan identiti asal mereka dan telah digabungkan dengan alat-alat muzik lain untuk menghasilkan muzik Melayu.

Penghargaan Bahan : Wikipedia / Memori Kedah-Perbadanan Perpustakaan Kedah

Thursday, 6 December 2012

Aktiviti Akhir Tahun 2012


                                              

Pada 6 Nov 2012 yang lalu , SK Tunku Mahmood 2 Kluang telah mengadakan Majlis Hari Anugerah Kualiti di dewan Mahkota SKTM2  bagi meraikan kejayaan para pelajar yang beroleh pencapaian yang cemerlang khusus dalam bidang akademik. Manakala Anugerah Kecemerlangan Ko-Kurikulum telah pun berjaya dijalankan pada bulan Oktober yang lalu. Disamping acara penyampaian hadiah , majlis ini juga diserikan dengan persembahan muzik dari kalangan para pelajar sendiri. Ini sebahagian persembahan Koir yang sempat dirakamkan yang terdiri daripada pelajar atau ahli Kelab Kebudayaan dan Muzik bersama pelajar-pelajar Tahun 5 sebagai salah satu sumbangan dari Panitia Pendidikan Muzik di peringkat sekolah. Untuk menyaksikan beberapa aktiviti lain dan video  berkaitan Pendidikan Muzik sila klik di sini

Tuesday, 4 December 2012

Alat Muzik Tradisional Perkusi

Gendang
Gendang (bahasa Jawa: Kendhang, bahasa Melayu: Gendang, bahasa Tausug/Bajau bahasa Maranao: Gandang) ialah alat bunyian yang diperbuat daripada kulit binatang seperti kerbau, kambing atau lembu. Ia merupakan salah sebuah alat muzik dalam keluarga genderang.
Setiap bangsa seperti Cina, Melayu dan India mempunyai gendang dengan nama yang tersendiri. Gendang boleh didapati dalam pelbagai saiz dan kegunaan. Ada gendang yang digunakan untuk persilatan bagi orang Melayu. Ada gendang digunakan bagi tari menari dan ada juga yang digunakan untuk menyambut perayaan atau pertabalan Diraja.
      Jenis-jenis gendang yang mempunyai satu muka seperti kompang dan rebana diakui telah mendahului gendang-gendang yang mempunyai dua muka sepertimana yang terdapat dalam ensemble paluan silat, nobat diraja, Mak Yong, Gendang Keling, Wayang Kulit, Terinai dan sebagainya. Begitu juga dengan gendang dua muka yang terdapat dalam permainan Gamelan yang juga merupakan satu eksternal dari kejadian dahulu.
Sejenis gendang dua muka yang dikenali sebagai Gendang Ibu dan Anak berkembang di negeri Kedah, Perlis, Terengganu dan Perak telah ditakrifkan sebagai Gendang Melayu. Digunakan sebagai Genderang dalam ensemble paluan untuk mengiringgi teater tradisional serta mengiringgi tarian klasik Istana dan rakyat.
Temalangnya diperbuat daripada kayu nangka ataupun jenis kayu yang keras yang lain yang dianggap sesuai. Bentuknya seperti tempayan iaitu ‘barrelshape’ dan tebukan dalaman dilakukan selari dengan bentuk luaran. Ini bagi menjamin mutu suara yang terbaik dan ideal. Pada permukaan besar temalang tersebut telah dirambing dengan belulang lembu manakala permukaan kecilnya dengan belulang kambing.
Proses merambing hendaklah bermula dengan meregang ataupun memasangkan kulit-kulit berkenaan yang masih dalam keadaan lembap pada bingkai rotan yang telah dibentuk mengikut kesesuaian. Dengan ini apabila kering, ianya akan menebat di antara kulit dan bingkai tersebut. Kemudian dipasangkan serentak pada kedua-dua muka gendang tersebut dan dijalin dengan rotan, berbentuk seperti “Y” sebagai bahan penegang, menerusi gelung-gelung yang diperbuat daripada kulit berfungsi sebagai ‘simpai’ iaitu alat tala ataupun ‘immediate tuning device’ bagi gendang.
Dalam proses penalaan bunyi, ‘kemban rotan’ juga dipakai pada badan gendang tersebut. Ini bagi menjamin ketegangannya supaya tidak cepat mengendur. Dalam keadaan yang sama ‘kemban rotan’ juga berfungsi sebagai bahan penghias.
Dalam konteks persembahan Gendang Ibu akan disertai secara berpasangan dengan Gendang Anak untuk memainkan pola-pola paluan yang khusus secara meningkah bagi pembinaan setiap struktur irama mengikut disiplin yang didukunginya seperti ensemble Wayang Kulit, Menora, Makyong dan Silat.
Secara praktis permukaan besar Gendang ibu dapat melahirkan suara asas yang dapat disifatkan sebagai mnemonic ‘doh’ dan pada permukaan kecilnya ialah mnemonic ‘pak’; begitu juga dengan permukaan besar Gendang Anak iaitu mnemonic ‘ting’ dan pada permukaan kecil ialah mnemonic ‘chak’.
Dalam amalan semasa persembahan ianya dipangku diatas riba secara tertib mengikut keselesaan pemainnya dan dipalu dengan tangan pada kedua-dua belah mukanya. Gendang Anak mempunyai ukuran yang lebih kecil sedikit daripada Gendang Ibu dan tebukan dalaman sering dianalogikan sebagai buluh seruas supaya dapat menghasilkan ‘pitch’ yang tinggi.
Bagi pengamal gendang, mereka menghias dengan menggunakan enam (6) ‘simpai’ atau lima dan peranan ‘simpai’ bagi Gendang Melayu merupakan sesuatu yang mutlak bagi proses penalaan bunyi. Ianya juga dianggap sebagai ‘the immediate tuning device’ iaitu secara praktisnya seseorang dapat menala alatnya dengan pantas dalam mencari suara. Berbanding dengan kaedah-kaedah lain yang sering digunakan seperti mengetuk pada bingkainya. Kaedah ini tidak wajar dilakukan oleh seseorang pemain itu sewaktu dalam persembahan. Untuk mengekalkan hayat kulit secara yang berpanjangan ‘simpai’ tadi perlu dilonggarkan apabila selesai satu persembahan.
Perkembangan Gendang Melayu dikatakan berasal dari India. Di Kedah masih terdapat gendang dua muka yang mempunyai persamaan bentuk gendang ‘mridanga’ yang terdapat dalam komuniti India di Malaysia. Ianya pada suatu ketika dahulu telah dianggapkan sebagai Gendang Keling, satu nama korupsi yang tidak wajar diketengahkan dalam kontek semasa. Kini gendang tersebut telah diterima sebagai sebahagian daripada jenis-jenis gendang Melayu.
Pengaruh Timur Tengah telah banyak memberi kesan kepada pembentukan alat-alat gendang di Malaysia. Alat-alat seperti Nekara, Meruas, Gedombak, Kompang, Jidor, Rebana, Dub serta Tar Rodat adalah terhasil daripada perhubungan perdagangan dan penyebaran agama Islam dirantau ini sejak sekian lama dan sekaligus memperkayakan lagi unsur-unsur serta nilai budaya masyarakat setempat.
Alat-alat seperti Gedombak yang terdapat didalam permainan Wayang Kulit di Kelantan mempunyai talian dengan ‘Dombak’ atau ‘Zarb’ di Iran dan ‘Darabuka’ di Iraq. Bagi gendang yang berbingkai (frame drum) seperti Kompang merupakan alat terpenting bagi meraikan majlis keagamaan masyarakat Islam di Timur Tengah. Alat-alat ini dikenali sebagai ‘Daira’ di Iran, ‘Bendir’ di Maghribi’, ‘Tar’ di negara-negara Teluk dan ‘Duff’ di Syria.
Bagi gendang dua muka yang menyerupai ‘Jidur’ dan ‘Beduk’ di Maghribi dikenali sebagai ‘Tabl’ manakala gendang dua muka yang lebih kecil dikenali sebagai ‘Maruas’ atau ‘Manama’ di Bahrain. Gendang ‘Nakara’ seperti yang terdapat di Maghribi, Habsyah dan Sudan; sungguhpun terdapat istilah ‘Tabl’ atau ‘Tabla’ dikatakan berasal dari perkataan Arab yang bermaksud gendang, namun alat Tabla yang terdapat dalam permainan Ghazal di Malaysia berasal dari India. Begitu juga dengan gendang Melayu juga berasal dari India dan mempunyai persamaan bentuk seperti gendang ‘Mridanga’. Suatu ketika dahulu istilah Gendang Keling sering digunakan bagi Gendang Melayu khususnya yang berkembang di Kedah dan di Perlis.
Gong
Gong merupakan sejenis peralatan muzik 'idiophone' yang berasal dari Asia Selatan dan Asia Tenggara. Gong telah wujud semenjak zaman gangsa lagi dari Yunan. Gong juga dimainkan bagi mengiringi permainan wayang kulit di Indonesia. Gong merupakan alatan penting yang berperanan sebagai bunyi tulang belakang dalam essemble persembahan muzik gamelan.
Gong terdiri daripada pelbagai saiz untuk menghasilkan bunyi yang berbeza setiap satunya dan dimainkan bersama-sama mengikut rentak lagu. Kebiasannya, 1 atau 2 drum turut dimainkan serentak untuk mempelbagaikan irama muzik yang lebih unik. Gong telah banyak dijumpai di seluruh semenanjung Indochina dan kepulauan Nusantara ebagai alat utama dalam upacara khas dan persembahan muzik tradisional.
Di Malaysia, jumpaan terawal bentuk awal gong adalah gendang Dong Son yang dijumpai di Batu Buruuk, Terengganu pada 1974.[1] Ia dihasilkan sejak 600 BC atau lebih awal sehingga Abad ke-3 dan merupakan salah satu contoh hasil kerja logam budaya itu yang terbaik. Ini merupakan hasil pendedahan dari perdagangan rempah antara India dan Cina yang berlaku sejak zaman Yunani lagi dan juga hasil kerajaan Melayu tua seperti Champa[2], dan banyak nama tempat di Kelantan, dan Terengganu menggunakan nama Gong.
Alat ini terjamin berkualiti tinggi kerana cara penbuatannya adalah sukar dan memerlukan kos yang agak tinggi. Alat ini diimport dari Indonesia, terutama dari Jawa. Gong tempatan mempunyai 'shallow rims' dan 'small boss'. Melodi yang dihasilkan adalah untuk memberi isyarat pada permulaan dan penghabisan sesuatu lagu.
Semasa pemerintahan kerajaan-kerajaan Nusantara dahulu, gong kecil atau canang akan dikandar oleh pesuruh raja yang akan berkeliling kampong-kampong bagi menyebarkan berita. Gong akan dicanang bagi mengumpulkan penduduk kampung dan titah raja akan dibacakan oleh pesuruh raja.


Sejarah kemunculan awal alat gong jenis berbusut di dunia bermula di Asia Tenggara dan disifatkan sebagai alat ‘asli’ bagi masyarakat Melayu. Gong berbusut yang diakui pernah ditemui di Indonesia bertarikh kira-kira 1000 S.M. Sungguhpun ada pendapat yang mengatakan bahawa Gong telah wujud di negara China sejak dari zaman pemerintahan Dinasti Zhou lagi (1122-1229 S.M).
Keluarga Gong di Malaysia secara umumnya adalah terdiri daripada jenis-jenis yang berbusut ataupun yang bertombol. Ianya diperbuat daripada bahan-bahan asas seperti tembaga, timah dan besi. Terdapat didalamnya pelbagai bentuk dan ukuran yang kelihatan begitu berbeza-beza diantara satu sama lain termasuk juga ‘pic’ (sukatan bunyi).
Istlah ‘tetawak’ yang sering kita dengar secara tradisi adalah merupakan satu istilah tempatan ataupun bagi alat gong yang digunakan secara meluas oleh masyarakat di negeri Kelantan khususnya dan juga dinegeri-negeri lain di Malaysia. ‘Tawang’ mengikut sistem ejaan fonologinya dan berkemungkinan besar alat-alat ini telah dibawa masuk dari kepulauan Mindanao di Selatan Filipina. Hingga kini alat gong masih di perbuat di sana khususnya oleh suku Maranos di Wilayah Lanao del Sur. Dari maklumat yang di perolehi, alat tetawak dari jenis tembaga ini tidak pernah diperbuat di negeri Kelantan. Ianya diakui dibawa masuk dari negara Burma melalui Pattani di selatan Thailand sejak beratus-ratus tahun dahulu untuk kegunaan teater tradisional seperti Wayang Kulit, Menora, Mak Yong dan Tarian Asyik.
Pada masa kini terdapat juga alat tetawak yang diperbuat dari besi sebagai alternatif oleh pakar-pakar tertentu dari kalangan masyarakat tempatan. Mereka menggunakan teknik ‘pateri’ ataupun dibentuk dari objek seperti ‘leger’ iaitu tong-tong minyak yang sedia ada kemudian dipaterikan. Namun kemahiran teknik seperti di atas tidak dapat menjamin mutu dan nilai sesebuah alat itu, bahkan pada prinsipnya turut memperlihatkan satu kemunduran dari segi teknologi pembuatannya jika dibandingkan dengan teknik ‘tempa’ yang telah diamalkan di sesetengah negara Asia Tenggara. Mereka sudah mempunyai teknik yang begitu tinggi khususnya bagi pembuatan gong/tetawak dari gangsa yang terdapat di Myanmar dan Filipina. Begitu juga di Indonesia yang menggunakan teknik yang sama bahkan lebih halus dan rumit lagi khususnya dalam pembuatan alat-alat Gamelan jenis ‘perunggu’ yang telahpun mendapat pengiktirafan masyarakat dunia sebagai gong yang terunggul.
Rebana

Rebana ialah sejenis alat muzik tradisional yang sering dimainkan bagi mengiringi lagu-lagu budaya.
Bagi masyarakat Melayu di negeri Pahang, permainan rebana sangat popular, terutamanya di kalangan penduduk di sekitar Sungai Pahang. Tepukan rebana adalah bagi mengiringi lagu-lagu tradisional seperti indong-indong dan pelanduk-pelanduk.
Selain daripada rebana bersaiz biasa, terdapat juga rebana besar yang dimainkan pada hari keraian bagi pertandingan menghasilkan bunyi dan irama yang dikenali sebagai Rebana Ubi.
Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang. Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing betina, namun mutakhir ini, kulitnya juga diperbuat dari kulit lembu, kerbau malah getah sintetik.
Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu bertujuan menegangkan permukaan kompang, bertujuan menguatkan bunyi kompang. Kini, gelung plastik turut digunakan.
Tterdapat dua bahagian kompang iaitu bahagian muka (ada kulit) dipanggil belulang. manakala, bahagian badan (kayu) dipanggil baluh. Kompang perlu diletakkan penegang atau dipanggil sedak iaitu sejenis rotan yang diletakkan antara belulang dan baluh, sedak ini deletakkan bertujuan untuk menegangkan bahagian belulang dan menyedapkan bunyi kompang apabila dipalu.
Alat muzik ini berasal dari dunia Arab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang Arab.
Kompang biasanya berukuran enam belas inci ukur lilit dan ditutup dengan kepingan kulit pada sebelah permukaan. Ia mempunyai bukaan cetek dan dimainkan dengan memegang dengan sebelah tangan sementara dipalu dengan sebelah tangan yang lain.
Cara memalu kompang ialah dengan menepuk kulit kompang dengan bahagian jari-jari atau tapak tangan mengikut rentak. Kompang biasanya dimainkan semasa perarakan, kenduri dan upacara-upacara tradisi lain.
Bunyi yang berlainan dihasilkan dengan membezakan cara bukaan tapak tangan. Bunyi 'bum' di perolehi dengan tepukan di sisi kompang dan tapak tangan dikuncup/rapat. Bunyi 'pak' di perolehi dengan tepukan di tengah kompang dengan jari tangan yang terbuka.
Paluan kompang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu paluan tradisi dan paluan moden ataupun kreatif. Paluan tradisi adalah paluan di mana memukul kompang sambil menyayi ataupun bersyair dalam versi Arab ataupun bahsa Melayu klasik. Manakala paluan moden pula di mana paluan tersebut diselitkan dengan gerakan ataupun tarian. Di Sabah, pertandingan kompang sering diadakan untuk memartabatkan kembali kesenian Melayu yang telah hampir pupus ini.

Penghargaan
Wikipedia

Alat Muzik Tradisional Malaysia Bertali


Tempura
Alat bertali mempunyai 4 tali. Tiga daripadanya ialah dawai besi waja dan yang satu lagi daripada perunggu. Badannya dibuat daripada kayu nangka. Bentuknya bulat dan belakangnya melengkong. 2 pemulas tali atau pelaras ialah disisi lelehernya dan 2 daripadanya tegak dihadapan. Papan jarinya berbentuk belakang kura-kura. Tali-tali melalui atas kekuda titian tali di tengah-tengah dada.

Fungsi
Digunakan dalam muzik vokal dan instrumental India. Untuk mengeluarkan dengung iringan.

Cara Bermain
Dipegang tegak dan dipetik dengan jari-jari sebelah tangan.


Er-Hu
Erh-Hu adalah alatan bertali jenis lute dibuat dalam tiga saiz; kecil, sedang dan besar.

Fungsi
Alat ini digunakan sebagai alat solo untuk hiburan, dan juga digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera Cina.

Cara Bermain
Erh-Hu didirikan tegap pada riba pemain semasa di main. Tali digesek dengan sebalah tangan manakala jari-jari tangan lainnya memetik pada tali-tali untuk mengeluarkan berbagai pic, lantai dan digesek seperti cello
Gambus
 Sejenis gitar bertali 12 dan membengkak di bahagian badannya hampir-hampir separuh bulat. Tali gitar diperbuat dari perut binatang atau loyang yang dipetik dengan kuku tenggiling. Badannya diukir dari sebatang kayu nangka yang berongga di dalamnya. Lehernya ditutup dengan sekeping kayu nipis dan permukaan badannya ditutup dengan kulit kambing atau kulit biawak.

Fungsi
Gambus lazimnya dimainkan untuk hiburan persendirian, pemuzik gazal dan muziknya menyerupai tarian Melayu seperti joget dan zapin di Johor.

Cara Bermain
Dipetik bagaimana cara bermain guitar.


Gambus atau qanbūs (Bahasa Arab: القنبوس‎ ialah sejenis lut (kecapi) berleher pendek yang berasal dari Yemen dan tersebar ke seluruh semenanjung Arab. Ia berbentuk seperti buah pear yang dibelah dua dan ia merupakan sejenis alat muzik bertali tradisional di Malaysia. Sachs berpendapat nama gambus datang dari komuz Turki tetapi ia lebih mirip oud.[1] Terdapat 12 tali (sekarang nylon) yang dipetik menggunakkan plektrum, seperti gitar. Walau bagaimanapun, tidak seperti gitar, gambus tiada mempunyai fret (bilah penentu ruang nada pada alat tali). Kepopularannya merudum pada awal abad ke-20 semasa pemerintahan Imam Yahya, imam mazhab Zaidi dan seorang pemerintah Yemen. Bermula abad ke-21, gambus diganti oud sebagai alat pilihan pemain lut Timur Tengah.
Gambus popular di negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Brunei dan Indonesia. Gambus mencetuskan genrenya tersendiri dan dimainkan dalam tarian Zapin sebuah tarian tradisional di negara-negara Asia Tenggara Islam. Ia dikenali sebagai gabusi di kepulauan Comoros dan gabbus di Zanzibar.
Gambus terdapat dalam pelbagai jenis iaitu dari gambus tiga tali sehingga gambus yang mempunyai 12 tali.

Pipa
 Pipa adalah alat bertali mempunyai 4 tali logam. Badan dibuat dari kayu; dadanya bulat dan belakangnya cembong tetapi permukaan dadanya mendatar. Beberapa kekuda titian tali dari kayu dipasang pada papan jari seperti fret. Tali-tali diikat kepada hujung bahagian bawah badan dan pada 4 pemulas melaras disisi papan jari. Bahagian kepalanya berukir.

Fungsi
Pipa digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera Cina; juga sebagai alat solo atau mengiringi nyanyian.

Cara Bermain
Cara bermain dengan memegang berdiri atas pahu pemain. Tali-tali dipetik dengan hujung-hujung jari dan kuku. Jari-jari tangan sebelah lagi diletak pada tali-tali antara fretnya untuk mengeluarkan berbagai pic bila tali-tali dipetik.
Rebab
 Alat Muzik bertali menggunakan penggesek dan mempunyai tiga utas tali daripada dawai logam. Lazimnya badan dibuat daripada kayu nangka dan berongga di bahagian dalam. Bentuk badannya lebar di bahagian atas dan liras sedikit ke bawah. Dadanya ditutup dengan kulit diperbuat daripada perut lembu yang dikeringkan. Busut kecil yang dibuat dari lilin lebah ditampal pada sebelah kiri dadanya dipanggil "susu". Disisi bahagian atas lehernya dipasang pemulas bagi melaras suaranya. Leher atau papan jari dipasang pada bahagian atas badannya. Pada bahagian atas kepalanya berukiran dan dipanggil `Pucuk Rebung'. Lehernya memanjang ke bawah menerusi badan dan hujungnya menjadi pancang dibahagian bawah di mana alat itu diletakkan berdiri bila ia dimainkan. Kayu kekuda titian tadi diletak pada tengah dadanya dan boleh diubah kedudukannya. Penggesek dibuat dari kayu dan melengkong sedikit. Tali penggesek ialah urat daripada selapuk balutan mayang kelapa dan kini digunakan tali tangsi.

Fungsi
Digunakan dalam muzik mengiringi Mak Yong, Peteri dan Selampit di Kelantan.

Cara Bermain
Rebab diletak berdiri didepan pemain yang duduk bersila dilantai. Rebab digesek dan sambil menggesek jari-jarinya mengawal ketegangan tali-tali penggesek. Jari-jari tangan sebelah lagi memetik atau menekan pada tali?tali di bahagian leher untuk mengeluarkan berbagai pic. Ketiga?tiga tali dilaras pada jeda perfect 4 th atau pada jeda perfect 4 th dan perfect 5 th.
Sitar
 Alat bertali mempunyai 5 hingga 7 tali dawai (2 hingga 4 tali digunakan untuk memainkan melodi, dan 3 tali untuk dengung). Diperbuat dari kayu yang berbentuk bujur seakan sebelah buah pear.

Fungsi
Diletak melentang dan dipetik dengan jari-jari sebelah tangan. Jari-jari tangan sebelah lagi menekan dan menarik pada berbagai kedudukan di tali-tali yang mengeluarkan berbagai tingkat suara dan melodi.

Cara Bermain
Dimainkan dalam kumpulan instrumental kecil atau sebagai alat solo.




Veena
Alat bertali mempunyai empat tali untuk melodi dan tiga tali untuk dengung. Badan dibuat dari kayu, dadanya bulat dan belakangdya cembung. Kekudatitian tali yang tinggi dipasang di tengah dadanya. Bilah?bilah fret logam dilekatkan pada papan jari dengan menggunakan lilin lebah. Tali?tali dipasang di atas daripada fret-fret dan diikat pada pemulas melaras pada sisi leher, kepala dan labu berukir dipasang pada hujung penghabisan lehernya. Dalam kepala ialah tempat menyimpan minyak kelapa yang digosokkan untuk melicinkan hujung?hujung jari pemain.

Fungsi
Digunakan untuk muzik solo bagi hiburan.

Cara Bermain
Diletak melintang. Tali-tali dipetik dengan jari sebelah tangan. Jari-jari tangan yang sebelah lagi menekan dan menarik tali-tali diberbagai bahagian untuk mengeluarkan berbagai tingkat suara dan bunga-bunga melodinya.


Penghargaan 
Nurul Shamimi dan Shazatul Shima Institut Pendidikan Guru Malaysia (PISMP-IPGM) Kampus Bahasa Antarabangsa

Sunday, 11 November 2012

Kursus Dalaman Penyebaran KSSR dan PBS Dunia Muzik tahun 3

Kursus Dalaman Penyebaran KSSR dan PBS Dunia Muzik Tahun 3
Latihan Dalam Perkhidmatan  berkaitan dengan amalan KSSR dan PBS Tahun 3  peringkat sekolah             ( dalaman ) telah diadakan pada awal cuti persekolahan 11hb NOV 2012  bertempat di Bilik Muzik SK Tunku Mahmood 2 Kluang jam 10 pagi.

Kursus Penyebaran KSSR dan PBS Dunia Muzik Tahun 3

Kursus Penyebaran KSSR dan PBS Dunia Muzik Tahun 3 telah dijalankan pada 31 Okt hingga 3 Nov 2012 bertempat di PKG  Kluang Timur peringkat daerah bagi semua guru - guru Muzik Tahun 3. Kursus ini bertujuan memberi maklumat dan penyebaran mengenai  pengaplikasian KSSR  Dunia Muzik tahun 3 bagi tahun 2013 nanti . Ia juga memberi maklumat terkini mengenai pentaksiran yang lebih khusus dalam prosedur Pentaksiran Berasaskan Sekolah ( PBS ) yang akan digunapakai pada tahun 2013.







Saturday, 6 October 2012

Kuliah PJJ UPSI Kedua........

Penambaikkan Blog Khusus Mata Pelajaran Pendidikan Muzik.......
Terima Kasih kepada En Azahari..selaku Tutor KRT 3013 Teknologi Maklumat Sekolah Rendah yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar..........Terima Kasih...!

Sebahagian daripada rakaman kuliah daripada En Azahari......berkenaan dengan slideshare bagi memuatnaik persembahan Powerpoint ke dalam Blog bagi Tugasan KRT 3013.........

Friday, 28 September 2012

Pembinaan Blog Khusus Mata Pelajaran Pendidikan Muzik

Pembinaan Blog Khusus bagi Mata Pelajaran yang diajar di sekolah bagi mengikuti Kursus KRT3013 Teknologi Sekolah Rendah.......PJJ UPSI  Sem 2 2012/2013..