Apa sebenarnya muzik ?
Muzik ialah bunyi yang diterima oleh individu dan berbeza bergantung kepada sejarah, lokasi, budaya dan citarasa seseorang. Definisi sebenar muzik juga berbeza:
Muzik adalah sebuah fenomena yang sangat unik. Ian boleh dibunyikan dengan beberapa gabungan alat muzik.
Sejarah Awal Muzik
Muzik ialah bunyi yang diterima oleh individu dan berbeza bergantung kepada sejarah, lokasi, budaya dan citarasa seseorang. Definisi sebenar muzik juga berbeza:
- Bunyi yang dikira sedap oleh pendengarnya
- Apa apa bunyi yang dihasilkan secara sengaja oleh seseorang atau kumpulan
Muzik adalah sebuah fenomena yang sangat unik. Ian boleh dibunyikan dengan beberapa gabungan alat muzik.
Sejarah Awal Muzik
Muzik bermula hampir seusia dengan kehadiran manusia moden
homo-sapien 180,000 hingga 100,000 tahun dahulu. Tiada siapa tahu bila
manusia mula mengenal seni dan muzik. Dari penemuan arkeologi di
lokasi-lokasi seperti benua Afrika sekitar 180,000 tahun hingga 100,000
tahun dahulu telah menunjukkan kepada perubahan evolusi pemikiran otak
manusia. Dengan otak manusia yang lebih pintar dari haiwan, mereka
membuat pemburuan yang lebih terancang sehingga boleh menumpaskan haiwan
yang besar. Dengan keupayaan otak ini, mereka berfikir lebih jauh
hingga ke sebalik reality mencapai imaginasi dan spiritual. Bahasa untuk
perhubungan mula terbentuk diantara mereka. Dari bahasa & perkataan
ringkas untuk amaran bahaya & nama-nama haiwan buas, perlahan-lahan
beberapa perkataan muncul untuk menamakan benda dan nama panggilan
untuk sesorang.. Entah, sama ada mereka sudah pandai berasa bosan atau
sesuatu didalam fikiran mereka yang membuatkan mereka mula mengumpul
manik-manik dari cengkerang siput laut sebagai perhiasan untuk rantai
leher. Mereka mula mengores garisan diatas kayu dan batuan dengan
corak-corak menggambarkan pemikiran mereka. Dinding-dinding gua tempat
mereka berlindung dilukis dengan warna-warna dari tumbuh-tumbuhan.
Dalam kehidupan nomad mereka yang berpindah-randah mereka mungkin
telah melihat banyak kejadian alam seperti panahan petir yang memulakan
kebakaran hutan. Daging binatang yang terbakar api kebakaran.mempunyai
rasa berbeza dan lebih lazat. Kemudian terlintas difikiran mereka
bagaimana cara hendak menghidupkan api untuk memasak, memanaskan badan
dan menjauhi haiwan buas mengguna api. Selepas makan malam memakan hasil
buruan mereka pada siang hari, mereka berbual dan bercerita mengenai
kisah silam mereka. Bentuk pendidikan dan hiburan terawal manusia. Sama
seperti sekolah & TV manusia di zaman moden. Seorang dari mereka
mungkin mendapat idea mengambil tulang kaki kering haiwan buruan yang
menjadi makanan mereka dan mula meniup ke rongga mengeluarkan bunyi. Ada
juga yang mendapat inspirasi dari pemerhatian kepada alam semulajadi
bila angin menghembus kedalam rongga kayu atau bambu yang mengeluarkan
bunyi. Kayu dikorek lubang ditiup menjadi flute purba. Manusia meluahkan
perasaan mereka takut & gembira menggunakan suara mereka.
Bermain-main dengan suara mereka menjadi chant, hymn atau syair nyanyian
kecil daripada inspirasi kicauan burung. Kayu-kayu dan batuan keras
dipukul mengeluarkan bunyi irama yang mengasyikkan. Mungkin secara tidak
sengaja mereka telah mengetuk kayu pokok yang berongga didalamnya
dengan batang kayu yang mengeluarkan bunyi kuat. Kulit binatang yang
mereka guna sebagai pakaian diletak pula untuk menutup rongga kayu besar
menjadi gendang, di palu menjadi irama-irama purba.
Sejarah Muzik Moden
Muzik moden ialah muzik masa kini yang terbit hasil daripada perjalanan
dan perkembangan sejarah itu sendiri dari pada kemunculan tamadun
terawal sehingga lah pertembungan budaya akibat dari perdagangan dan
penaklukan telah membawa dan menyebarkan muzik juga budaya dari tamadun -
tamadun tersebut ke seluruh dunia. Contohnya jalan sutera yang
menghibungkan timur dan barat, peluasan empayar seperti Greek dan Rom,
peperangan antara tamadun Eropah dan Islam dalam perang salib dan
perpindahan manusia ke tanah atau benua baru seperti benua America utara
dan selatan. Penguasaan ekonomi barat ke atas pasaran dunia serta
inovasi teknologi barat membantu menyebarkan muzik Amerika dan Eropah.
Penciptaan dan invovasi yang terbit dari hasrat manusia untuk merakam
bunyi persekitarannya telah menyebabkan terciptanya alat perakam bunyi
seperti phonograph dan gramophone pada akhir abad ke 19. Dengan
terciptanya radio serta TV, muzik boleh dicapai manusia sehingga ke
seluruh dunia. Amerika dan Eropah yang menguasai pasaran LP piring hitam
dan segala bentuk pengedaran muzik telah menyebabkan muzik dari
kedua-dua benua itu menjadi popular keseluruh dunia.
Sejarah Muzik Tradisional Melayu
Asal-usul alat-alat muzik tradisional adalah masih
lagi dalam kesamaran lantaran tiada bukti yang kukuh mengenai
kewujudannya. Walau bagaimanapun, secara amnya muzik tradisional kita
dipercayai bermula dari masyarakat primitif yang mengamalkan kepercayaan
animisma. Mereka menggunakan tarian (pergerakkan) dan bunyi-bunyian
(muzik) dalam upacara penyembahan terhadap kuasa-kuasa ghaib. Pada
mulanya muzik dihasilkan dengan suara, tepukan tangan, hentakan kaki dan
ketukan kayu. Lama-kelamaan alat-alat seperti seruling mula dicipta
akibat dari dorongan akal dan hasrat batin mereka untuk memeriahkan lagi
upacara sembahyang mengikut kepercayaan animisma yang dianuti. Pengaruh
animisma begitu dominan sekali dan penting sebagai "perlude" dalam
setiap persembahan Wayang Kulit dan Mak Yong di Kelantan pada satu
ketika dahulu. Namun setelah kedatangan agama Islam maka disiplin teater
berkenaan telah menjadi lebih murni dan bermoral. Unsur-unsur yang
disifatkan bertentangan dengan nilai-nilai agama Islam telah mula
terhakis dan segala "jampi serapah" telah digantikan dengan "doa-doa"
pendek.
Sejarah muzik Melayu juga harus dilihat dari sudut
dunia Melayu lama yang merangkumi Malaysia, Indonesia, sebahagian negeri
Thai, Kampuchea dan Filipina. Terdapat banyak persamaan dari segi alat
dan struktur muzik yang digunakan. Walaupun telah dipengaruhi oleh
unsur-unsur muzik asing misalnya muzik dari Timur Tengah, Hindu,
Indonesia dan Thai, bentuk dan jenis muzik Melayu berjaya mewujudkan
identitinya yang tersendiri. Berdasarkan tinjauan yang telah dibuat
telah membuktikan bahawa alat-alat dari jenis "knobed gong" dan "mouth
organ" seperti "Sompoton" dan "Engkerurai" yang terdapat di Sabah dan
Sarawak adalah bermula dari kawasan Asia Tenggara dan tidak pernah
menerima pengaruh dari luar.
Pendek kata kebanyakan alat muzik Melayu, kecuali
alat-alat gamelan dan angklung adalah berasal dari Timur Tengah dan
India serta dibawa ke dunia Melayu melalui agama Hindu dan Islam. Rebab,
gendang, rebana, tar dan serunai menyokong pendapat ini. Hanya gong
sahaja berasal dari Asia. Lama-kelamaan alat-alat ini telah diserapkan
ke dalam negara masing-masing dan membentuk ciri-ciri yang tersendiri
tanpa kehilangan identiti asal mereka dan telah digabungkan dengan
alat-alat muzik lain untuk menghasilkan muzik Melayu.
Penghargaan Bahan : Wikipedia / Memori Kedah-Perbadanan Perpustakaan Kedah
Bahan yang menarik dan dapat membantu pelajar memahami sejarah muzik dan dapat menarik minat pelajar terhadap muzik. sebenarnya belajar muzik ni seronok dan dapat menggurangkan tekanan.
ReplyDelete